Sunday, November 23, 2014

New life , new start

You always thought that you only live once.At least once in this temporary life.

But it seem that you are wrong.

You have lived your life many times.

You live.

You die.

You live again.

You repeat the same routine.Living in another boring way.

And then you die.

Again.

This time I want to make it right.

Rebirth.

Revamp.

New chapter, new life.

In shaa Allah.

I want to be the old Amirah, rebranded

The girl with passion, excitement with every new things.Sharing and seeking knowledge.

I met someone actually..Who triggered me to set things right.To live right.I will tell more..

So many things to be done is soo little time.But thats an excuse, I will fully utilize my time from this moment on.

Till then..

Assalamualaikum

Amirah

Friday, March 30, 2012

Hijab: Wear it Right Campaign

Salam and barakallah to all

Alhamdullilah this morning I feel a whole lot better. Having a blast actually, with my husband served me breakfast really made my day.:)I am such a lucky wife and I should always be grateful to Allah.

Today I want to share about WIR (Wear It RIght)Campaign. It is originally from Anna, from this link budu dan belacan. May Allah bless her for her efforts and ideas.

WIR Campaign is a simple campaign delivering message of things that we already knew but over the time, we might have forget. As we are climbing our social ladder, these are the things that we have taken for granted.Simple message of how we, muslimah with hijab, should wear it right, simple.

WIR No 1.Covering The Chest is The Best

WIR No 2.Cover The Butt


every picture tells a story right ? Untuk lebih emosi, penceritaan akan dibuat dalam bahasa melayu. Sebagai muslimah yang plus size, melabuhkan tudung adalah satu keperluan dan juga cabaran untuk saya. Isunya bermula bila ofis saya menghadiah satu baju korporat yang harus dipakai bersama tudungnya sekali pada satu event ni. Baju tu agak kecil dan tudung tu kecil. Sangat menjolok mata dan sesuai jadi bahan bakar api neraka je kalau pakai.huuu.Alternatif saya kalau baju kecil ni, saya akan pakai dengan skirt labuh instead of dengan seluar. So tahan sikit la. Walaupun jalan terbaik ialah kena tempah baju lain. Isu kedua, ialah tudung tu, yang saya memang tak sanggup pakai langsung sebab adjust macam mana pun mmg tak dapat menutup kesemua bahagian dada. Tudung tu tudung ekpress, mcm mana sangat la dapat adjust kelabuhannya pun..So saya pun buat alternatif ambil tudung alternatif lain yang lebih labuh, pakai kat bahagian dalam.Problems solved!!!yeay...

Datang ke ofis , terus la ada seorang makcik ni tegur, kata saya pakai tak ikut protokol. Saya kata saya improvise, it is not that I ditch any part of the component kan.tapi makcik ni beria marah juga kata saya ni tak ikut undang2. disebabkan saya nak cepat g event tu dengan bos saya, saya tinggalkan je makcik tu. Kalau tak ,memang saya nasihat makcik tu.bos saya dah siap jeling-jeling tudung saya tu. Saya nak tengok dia nak marah ke tak. Alhamdulillah dia siap puji dan kata saya patut majukan pattern tudung saya ni ke pihak pengurusan untuk dijadikan tudung staf perempuan yang lain.....Alhmdulillah..Bos saya ada jiwa dan sensitiviti tentang aurat.

WIR No 3.I am HOT, so please do not touch me

Kali ni, isunya pasal bersalam. Saya rasa semua orang bekerja pernah hadapi masalah ni. Bila orang hulur tangan untuk bersalam. Bila mula-mula saya bekerja dulu, isu ni memang mengubah diri saya. Saya jadi introvert, Bila ada event je, saya akan elakkan diri dari berada berdekatan dengan VIP VIP.Kalau setakat pengarah-pengarah biasa ni biasanya meraka tak hulur tangan sangat, unless orang perempuan yang gedik nak juga bersalam dengan meraka. Tapi kalau datuk datuk n tan sri ni memang suka menghulur tangan. So saya elak jauh-jauh dan jadi kera sumbang.

Sekarang saya buat pendekatan baru, I feel more freely to attend events and meet people. Banyak kali juga bila saya dengan bos saya, datuk-datuk dan tan sri ni hulur tangan nak salam, saya cuma senyum dan angkat tangan macam orang india tu. Saya tak pasti body gesture saya tu betul ke tak, tapi ia memang berjaya buat saya tak bersalam dengan orang. Ada juga yang tak paham, dan hulur dan hulur juga tangan, tapi saya tetap senyum dan tundukkan kepala. Even my very very big bos, Tan Sri nak salam, alhmdulillah saya berjaya elakkan. Semoga Allah permudahkan sampai bila-bila...

Saya tau ramai yang bagi jawapan, kalau terpaksa, takpe...salam je. nanti dia malu kalau kita tak sambut tangan dia. Tapi saya yakin masyarakat zaman ni dah cukup matang untuk tau yang muslim did not touch skin with non mahram. Macam masyarakat sensitif dan terima bahawa Muslim tak boleh sentuh anjing dan babi dan tak makan makanan haram. Sama macam masyarakat faham yang orang Hindu tak makan daging lembu.Jadi saya yakin bila saya signal yang saya tak nak bersalam, mereka akan paham. And I hope I can educate people with this. Muslim tidak bersalam dengan bukan mahram.

Saya tertanya-tanya juga apa bos saya akan cakap. Atau adakah dia akan marah saya sebab tak 'sporting' sebab semua orang lain yang sedang bersama saya salam je, saya je main senyum tundukkan kepala bila orang hulurkan tangan.Ye lah kot dia pikir saya ni tak presentable lah untuk dibawa ke tengah ke tepi. Tapi alhdulillah setakat ni dia tak cakap apa-apa. Bak kata suami saya, kalau bos saya tegur, dia la yang kena tanggung dosa. Tapi saya rasa, bos saya tau apa saya buat tu betul dan tak menjejaskan apa-apa pun.

Semoga Allah lindungi kita semua. La Takhof wa La Tahzan..Allah bersama kita. Saya sangat-sangat banyak nak diperbaiki dalam soal berpakaian ni especially dengan badan yang plus size ni. Mari perbaiki diri.

So girls, WEAR IT RIGHT

COVER YOUR CHEST
COVER YOUR BUTT
DON'T LET NON MAHRAM TOUCH YOU

Salam and have a blasting weekends! ( walaupun saya ada di ofis di hujung minggu ni untuk siapkan kerja....)

Thursday, March 29, 2012

Semua yang terjadi ada sebabnya.

Assalamualaikum

Perasan tak kadang-kadang ada perubahan-perubahan kecil dalam hidup kita, yang puncanya datang dari perbuatan2 kita yang kita tak sedar dah jadi sebati..Contohnya kebiasaan lepas Subuh mesti nak tidur walau 5 minit. Minum air berdiri ke..Buang air tak tutup kepala ke...

Pernah tak mempersoal kenapa rezeki payah nak masuk..
Kenapa hidup asyik rasa tensyen
Kenapa asyik tak puas hati dengan diri sendiri, takpun tak berlapang dada dengan kehidupan..
Kenapa rasa lembab dan tak cemerlang, fail fail fail

Ini ada sedikit perkongsian...Yang semestinya saya rasa terkena dengan diri sendiri..

Source : sini

Kita mulakan dengan;

BAGAIMANA MENAJAMKAN MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
------semua yg italic ni saya pertikai kesahihan, tapi mungkin ada sesiapa yang lebih tahu dapat terangkan?
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin seperti 100 plus
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas Subuh
Jangan tidur selepas Asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging / ayam

Apa yang perlu diamalkan;

Selalu makan buah manisan seperti kurma
Selalu makan makanan yang panas-panas
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam-ulaman
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum / soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan / pantai ( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

PERKONGSIAN KEDUA

PERKARA 'JANGAN' YANG JIKA DIBUAT, MENDATANGKAN KESAN AKUMULATIF TIDAK BAIK DALAM KEHIDUPAN. PERNAH BACA BAHAWA PERKARA-PERKARA INI AKAN MENJAUHKAN REZEKI DAN DIPETIK DARI SEBUAH KITAB. TAPI SUDAH HILANG LINK, TAK DAPAT NAK BAGI KESAHIHAN.

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana pada pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Tuesday, March 27, 2012

Bagaimana Menyimpan Stok Barang Dapur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ini entry pertama yang ditulis dalam tahun ni. Mencerminkan tahun ini ialah tahun makcik-makcik belajar mengurus rumah tangga. Sungguh tak profesional bunyinya.Tapi benar, pembukaan tahun ini saya rasmikan dengan entri berbentuk perkongsian ringan.Mari perbaiki skil rumahtangga kita.

Dalam seminggu berapa kali anda membeli barang dapur?Seminggu sekali?Selang 2, 3 hari? Bagaimana cara anda menyimpannya?Berapa lamakah boleh bertahan?

Diingatkan, ini bukan lah entri saintifik yang mengambil kira suhu penyimpanan optimum bagi barangan tertentu. Hanya tips dan trik selepas pelbagai percubaan dibuat.

Ok,mari mulakan.

1. Plastik pembalut sentiasa membuatkan sayur atau buah cepat buruk.Plastik yang dibuat penutup makanan tu. Baik cepat-cepat tanggalkan sebelum letak dalam peti sejuk. Boleh nampak sentuhan antara plastik dan makanan tu buat makanan tu cepat buruk.BUANG PLASTIK, BUANG. Plastik ni a BIG NO NO untuk anggur, lada dan cendawan. kalau nak pakai plastik juga, letak dalam plastik beli barang berbanding plastik cover tu.

2. Kalau beli lada. Tranfer masuk dalam belas/tupperware dan simpan dalam peti tanpa buang tangkai. Lada tanpa tangkai memang cepat buruk. Sentiasa pantau stok lada anda. Buang mana-mana lada yang buruk dan gunakan segera lada yang sudah tercabut tangkai. Ini kiranya penakaian la, supaya stok lain tidak cepat buruk sama.

3. Tomato rupa-rupanya lebih tahan di luar peti sejuk. Tapi bergantung kepada jenis tomata.Ada tomato yang bujur sedikit dan ada yang bulat dan mencerut ke dalam di tangkainya. Yang kedua tu yang lebih tahan lama

4. Kentang, keledek, bawang dan barang kering lain letakkan di suhu bilik, yang tidak terdedah pada cahaya.

5. Yang ini baru dicuba. Sayur berdaun paling tahan lama, segar, hijau bila disimpan dalam peti sejuk bila disimpan dalam beg kertas. Opss bukan beg kertas goodies bag tu. Beg kertas warna coklat yang macam McD punya tu.Ini storage terbaik yang saya cuba.Paper bag ni benarkan sayur dalam suhu sejuk tapi tak sampai suhu tu melecurkan sayur. Cendawan yang sangat mudah rosak pun tahan disimpan dengan cara ni.

6. Mengikut pengusaha madu, madu lebih bagus disimpan di suhu bilik kerana penyimpanan di dalam peti sejuk akan merosakkan kualiti nutriennya.

Kalau ada petua lain yang boleh dikongsi, sila sila lah.

Tuesday, December 6, 2011

Perubahan dari tahun ke tahun

Fokus utama dalam kepala ialah perubahan berat badan yang mendadak tahun ini dan tahun lepas. Teguran demi teguran dari kawan-kawan sekerja dari Ibu Pejabat yang mengomen aku dah sangat gemuk berbanding di HQ. Kalau tak sedar-sedar jugak tak tau la.Teruk sangat dah tu kalau sampai 2,3 orang tak cam. Alasan, dulu kurus sekarang gemok. Rasanya aku tak penah kurus. Maknanya ini adalah fasa lebih gemuk dari kegemukan sedia ada.sigh

Ramai kawan-kawan yang masih maintain je bagai tak dijamah usia.Najwa masih dengan kerampingan nya. Entah bila nak gemuk budak tu. Aina masih cute macam anak-anak gadis.Em kebanyakannya masih sama. Tinggi of course la tak berubah.Saiz pinggang je yang mungkin berbeza.hihihi

Kalau cakap pasal perubahan iman, teringat kat seorang sahabat ni. Arwah ni selalu bertanya " apa khabar iman' bila-bila je, mesti itu soalan pertama dia. RIndu plak pada arwah.Sahabat yang sangat baik yang tiada gantinya. sahabat yang peduli untuk tau jatuh bangun iman kita.

Perubahan lain mestilah perubahan status.Kalau aku, perubahan status tu di wrap up dalam satu tahun. 2010 tu segalanya terjadi. 2011 ni menjadi isteri.

Tapi the truth is, dalam hidup aku , aku rasa ini lah tempoh hidup yang paling stagnant. dari segi jatidiri la maksud aku.takde perubahan dari segi passion dalam kerja, kesungguhan.interest dan sebagainya. kerja memang menjana duit, tapi buat masa sekarang aku tak rasa kerja aku dapat menjana minda, menjana ummah dan menjana vision masa depan aku. stagnant. tu la the right word.berbeza dengan masa belajar, macam2 enlightment dapat hanya dengan dengar satu lecture dari lecture yang sangat best. yup, kerja mmg belaja benda baru, tapi perasaannya lain dari segi penghayatan ilmu.

secara ringkas hidup aku lepas grad:
jun 2009- keje under skim PRE bawah KPKK. tinggal di felda memang satu pengalaman unik bagi aku.ramai kawan yang aku rindui di felda chini 2.kenangan yang tiada perbandingan.

dis 2009 - walaupun asalknya aku diposting di johor, just before lapor diri, aku diminta lapor diri di Ibu Pejabat. perubahan hidup kan?perubahan tempat leh bawa major change kat working environment

nov 2010 - enganged to my other half.

mac 2011 - get married dan belajar hidup LDR( Long distance relationship).

ogos 2011- ditukarkan ke kota kinabalu sabah. tempat yang satu ketika dulu aku sangat excited nak pegi.

2012 ni agaknya apa akan termaktub dalam takdir hidup aku?


semoga tahun depan lebih baik. hari esok lebih baik.

Thursday, December 1, 2011

Secara Teorinya Saya seorang yang wangi

Sungguh perasan title bagi entry di hari Jumaat...hihi

Kebelakangan ni, saya mula berjinak-jinak dengan beberapa jenis makanan. Makanan yang selama ni saya dengar dari orang tua cakap bila makan makanan tu, badan kita akan berbau wangi. Cuba teka,apakah makanan itu?




kenal tak?ya, itu namanya limau kasturi dan bunga kantan. Source google.

1. bagaimana cara makan limau kasturi dan bunga kantan yang membolehkan pemakannya wangi segar tanpa perlu direndam dengan downy 4x.heeee
makan mentah bagaikan ulam. limau kasturi tu selepas diperah jusnya bolehlah dihiris nipis2 dan dimakan dengan nasi. bunga kantan pula boleh dibuat ulam untuk dimakan bersama laksa atau sebagai bahan untuk membuat kerabu.bunga kantan dalam asam pedas tak dikira ye. sebab dia dah dimasak.


2. Bagaimana saya yang tak la suka ulam ni boleh terjebak makan makanan-makanan pewangi ni.
Kisahnya bermula bila suami saya menanam limau kasturi kat rumah.ketika tu zaman makan nasi dengan kicap yang diletak bawang dan limau kasturi tengah hangat. jadi memandangkan limau tu tanam sendiri, gatal2 la makan. boleh tahan plak rasanya. tu yang diriku semakin lama semakin wangi.wahahaha. kisah makan bunga kantan pula bermula bila jumpa bunga kantan di tepi sungai semasa tunggu orang memancing kat long mio, sipitang. bersungguh g ambil dan bawa balik. dimasak pula dalam laksa. saya makan laksa tu ulam dengan timun, bawang dan of course bunga kantan yang banyak tuh.heee..

saje je nak berkongsi petua. betul ke leh jadi wangi tu suami i je la yang tau.hee

Wednesday, November 23, 2011

Bila Alam Semesta pun Tak Menyebelahi Kita

Kita manusia

Setiap hari berdepan dengan macam-macam perkara. Semua orang sama je. Ada satu kepala. Satu badan. Bila macam-macam perkara jadi, dan semua pun nak bawak masuk kepala.Jadi plak hangin satu badan.Rasa semua tak kena.Rasa mcm nak buat baik, orang pandang jahat. Rasa buat yang terbaik, dinilai sangat teruk. Lagi kurang beriman, kata kenapa semua benda tak kena ni. Semua benda tak jadi je. Apa je nak buat ada je halangan nya. Or rasa semua orang ada masalah ngan aku ke. Paling kurang beriman kata “ apesal suweyyy je skrg ni”..Apa2 sajalah pemikiran buruk yang boleh terlintas dalam kepala yang dah tak berapa betul tu.

Makan tak kenyang, ni bukan kes angau, tapi kes pikir banyak masalah.Ya sesetengah orang bila banyak masalah makan tak kenyang sebab tak lalu makan. Tapi ada sesetengah orang makan tak kenyang2 sebab bila tensen dia akan makan, makan , dan makan lagi. Bila tensen makan, bila gemuk sebab banyak makan, makin tensen lagi. Adus, ada yang terasa.haha

Tidur tak lena. Anytime bila minda lapang sebab tak buat apa-apa kerja, kepala mula menerawang memikirkan masalah. Asyik pikir pikir dn pikir je. Kenapa macam tu. Kenapa macam ni.Kenapa orang buat macam tu. Kenapa orang buat macam ni. Syak itu syak ni. Cipta teori tu, cipta teori ni. Sampai terbawa-bawa ke tidur.

Kat Malaysia ni memang ramai orang tensen. Tensen bahasa kita. Bahasa pyschologynya depressed. Kadang-kadang mereka tak sedar. Tak mengaku pun depressed. Tengok tu, tak mengaku! Memang depressed la tu, tapi tak mengaku. Bila tak mengaku, tak nak cari penyelesaian depressed. Sehari-hari depressed. 24 jam hidup, lebih 15 jam depressed.7 hari seminggu, 5 hari depressed. So asik pikir apa nak cara nak enjoy-enjoy supaya nak lupakan masalah kerja. Buat la planning hujung minggu nak tengok wayang. Kejap je excited tengok Puss in Boots 3D tu. 2 jam pun tak sampai. Pastu tensen balik. Pikir masalah balik.

Saya jumpa artikel ni . Yang menjawab kepada semua jangkaan dan buruk sangka manusia bila ada masalah. Tapi memang betul pun alam semesta tak menyebelahi kau, sebab kau tak jaga solat!

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif
Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam


So bila ada masalah, bila rasa ada benda tak kena. Rasa dunia pun tak menyebelahi kita, asek biar kita je ada masalah. Tu adalah wake up call untuk kita. Supaya kita align pemikiran kita, supaya terima, faham dan membuat tindakan yang sewajarnya dengan qada qadar hidup kita. Cara nak ada tenaga full optimize jasad dan minda untuk align pemikiran? Jagalah solat ye Amirah Afifah Mumtazah!!