Friday, March 30, 2012

Hijab: Wear it Right Campaign

Salam and barakallah to all

Alhamdullilah this morning I feel a whole lot better. Having a blast actually, with my husband served me breakfast really made my day.:)I am such a lucky wife and I should always be grateful to Allah.

Today I want to share about WIR (Wear It RIght)Campaign. It is originally from Anna, from this link budu dan belacan. May Allah bless her for her efforts and ideas.

WIR Campaign is a simple campaign delivering message of things that we already knew but over the time, we might have forget. As we are climbing our social ladder, these are the things that we have taken for granted.Simple message of how we, muslimah with hijab, should wear it right, simple.

WIR No 1.Covering The Chest is The Best

WIR No 2.Cover The Butt


every picture tells a story right ? Untuk lebih emosi, penceritaan akan dibuat dalam bahasa melayu. Sebagai muslimah yang plus size, melabuhkan tudung adalah satu keperluan dan juga cabaran untuk saya. Isunya bermula bila ofis saya menghadiah satu baju korporat yang harus dipakai bersama tudungnya sekali pada satu event ni. Baju tu agak kecil dan tudung tu kecil. Sangat menjolok mata dan sesuai jadi bahan bakar api neraka je kalau pakai.huuu.Alternatif saya kalau baju kecil ni, saya akan pakai dengan skirt labuh instead of dengan seluar. So tahan sikit la. Walaupun jalan terbaik ialah kena tempah baju lain. Isu kedua, ialah tudung tu, yang saya memang tak sanggup pakai langsung sebab adjust macam mana pun mmg tak dapat menutup kesemua bahagian dada. Tudung tu tudung ekpress, mcm mana sangat la dapat adjust kelabuhannya pun..So saya pun buat alternatif ambil tudung alternatif lain yang lebih labuh, pakai kat bahagian dalam.Problems solved!!!yeay...

Datang ke ofis , terus la ada seorang makcik ni tegur, kata saya pakai tak ikut protokol. Saya kata saya improvise, it is not that I ditch any part of the component kan.tapi makcik ni beria marah juga kata saya ni tak ikut undang2. disebabkan saya nak cepat g event tu dengan bos saya, saya tinggalkan je makcik tu. Kalau tak ,memang saya nasihat makcik tu.bos saya dah siap jeling-jeling tudung saya tu. Saya nak tengok dia nak marah ke tak. Alhamdulillah dia siap puji dan kata saya patut majukan pattern tudung saya ni ke pihak pengurusan untuk dijadikan tudung staf perempuan yang lain.....Alhmdulillah..Bos saya ada jiwa dan sensitiviti tentang aurat.

WIR No 3.I am HOT, so please do not touch me

Kali ni, isunya pasal bersalam. Saya rasa semua orang bekerja pernah hadapi masalah ni. Bila orang hulur tangan untuk bersalam. Bila mula-mula saya bekerja dulu, isu ni memang mengubah diri saya. Saya jadi introvert, Bila ada event je, saya akan elakkan diri dari berada berdekatan dengan VIP VIP.Kalau setakat pengarah-pengarah biasa ni biasanya meraka tak hulur tangan sangat, unless orang perempuan yang gedik nak juga bersalam dengan meraka. Tapi kalau datuk datuk n tan sri ni memang suka menghulur tangan. So saya elak jauh-jauh dan jadi kera sumbang.

Sekarang saya buat pendekatan baru, I feel more freely to attend events and meet people. Banyak kali juga bila saya dengan bos saya, datuk-datuk dan tan sri ni hulur tangan nak salam, saya cuma senyum dan angkat tangan macam orang india tu. Saya tak pasti body gesture saya tu betul ke tak, tapi ia memang berjaya buat saya tak bersalam dengan orang. Ada juga yang tak paham, dan hulur dan hulur juga tangan, tapi saya tetap senyum dan tundukkan kepala. Even my very very big bos, Tan Sri nak salam, alhmdulillah saya berjaya elakkan. Semoga Allah permudahkan sampai bila-bila...

Saya tau ramai yang bagi jawapan, kalau terpaksa, takpe...salam je. nanti dia malu kalau kita tak sambut tangan dia. Tapi saya yakin masyarakat zaman ni dah cukup matang untuk tau yang muslim did not touch skin with non mahram. Macam masyarakat sensitif dan terima bahawa Muslim tak boleh sentuh anjing dan babi dan tak makan makanan haram. Sama macam masyarakat faham yang orang Hindu tak makan daging lembu.Jadi saya yakin bila saya signal yang saya tak nak bersalam, mereka akan paham. And I hope I can educate people with this. Muslim tidak bersalam dengan bukan mahram.

Saya tertanya-tanya juga apa bos saya akan cakap. Atau adakah dia akan marah saya sebab tak 'sporting' sebab semua orang lain yang sedang bersama saya salam je, saya je main senyum tundukkan kepala bila orang hulurkan tangan.Ye lah kot dia pikir saya ni tak presentable lah untuk dibawa ke tengah ke tepi. Tapi alhdulillah setakat ni dia tak cakap apa-apa. Bak kata suami saya, kalau bos saya tegur, dia la yang kena tanggung dosa. Tapi saya rasa, bos saya tau apa saya buat tu betul dan tak menjejaskan apa-apa pun.

Semoga Allah lindungi kita semua. La Takhof wa La Tahzan..Allah bersama kita. Saya sangat-sangat banyak nak diperbaiki dalam soal berpakaian ni especially dengan badan yang plus size ni. Mari perbaiki diri.

So girls, WEAR IT RIGHT

COVER YOUR CHEST
COVER YOUR BUTT
DON'T LET NON MAHRAM TOUCH YOU

Salam and have a blasting weekends! ( walaupun saya ada di ofis di hujung minggu ni untuk siapkan kerja....)

1 comment:

  1. good job cayang..huhu..
    i've got probs about the shake hand one..
    ngn org laen koi mmg boleh elak mcm cara awk tu.
    tp sepupu2 koi yg umurnye agak jauh ngan koi..yg mmg dr kecik dok slm cium tgn..
    n aritu dpn hubby lak tu dia hulur..adus..ms tu actually mmg da nekad nk tolak..tp terkejut sbb btul2 dpn muke..
    akibatnye..hubby mrh besar2an..huhu

    ReplyDelete