Tuesday, December 6, 2011

Perubahan dari tahun ke tahun

Fokus utama dalam kepala ialah perubahan berat badan yang mendadak tahun ini dan tahun lepas. Teguran demi teguran dari kawan-kawan sekerja dari Ibu Pejabat yang mengomen aku dah sangat gemuk berbanding di HQ. Kalau tak sedar-sedar jugak tak tau la.Teruk sangat dah tu kalau sampai 2,3 orang tak cam. Alasan, dulu kurus sekarang gemok. Rasanya aku tak penah kurus. Maknanya ini adalah fasa lebih gemuk dari kegemukan sedia ada.sigh

Ramai kawan-kawan yang masih maintain je bagai tak dijamah usia.Najwa masih dengan kerampingan nya. Entah bila nak gemuk budak tu. Aina masih cute macam anak-anak gadis.Em kebanyakannya masih sama. Tinggi of course la tak berubah.Saiz pinggang je yang mungkin berbeza.hihihi

Kalau cakap pasal perubahan iman, teringat kat seorang sahabat ni. Arwah ni selalu bertanya " apa khabar iman' bila-bila je, mesti itu soalan pertama dia. RIndu plak pada arwah.Sahabat yang sangat baik yang tiada gantinya. sahabat yang peduli untuk tau jatuh bangun iman kita.

Perubahan lain mestilah perubahan status.Kalau aku, perubahan status tu di wrap up dalam satu tahun. 2010 tu segalanya terjadi. 2011 ni menjadi isteri.

Tapi the truth is, dalam hidup aku , aku rasa ini lah tempoh hidup yang paling stagnant. dari segi jatidiri la maksud aku.takde perubahan dari segi passion dalam kerja, kesungguhan.interest dan sebagainya. kerja memang menjana duit, tapi buat masa sekarang aku tak rasa kerja aku dapat menjana minda, menjana ummah dan menjana vision masa depan aku. stagnant. tu la the right word.berbeza dengan masa belajar, macam2 enlightment dapat hanya dengan dengar satu lecture dari lecture yang sangat best. yup, kerja mmg belaja benda baru, tapi perasaannya lain dari segi penghayatan ilmu.

secara ringkas hidup aku lepas grad:
jun 2009- keje under skim PRE bawah KPKK. tinggal di felda memang satu pengalaman unik bagi aku.ramai kawan yang aku rindui di felda chini 2.kenangan yang tiada perbandingan.

dis 2009 - walaupun asalknya aku diposting di johor, just before lapor diri, aku diminta lapor diri di Ibu Pejabat. perubahan hidup kan?perubahan tempat leh bawa major change kat working environment

nov 2010 - enganged to my other half.

mac 2011 - get married dan belajar hidup LDR( Long distance relationship).

ogos 2011- ditukarkan ke kota kinabalu sabah. tempat yang satu ketika dulu aku sangat excited nak pegi.

2012 ni agaknya apa akan termaktub dalam takdir hidup aku?


semoga tahun depan lebih baik. hari esok lebih baik.

Thursday, December 1, 2011

Secara Teorinya Saya seorang yang wangi

Sungguh perasan title bagi entry di hari Jumaat...hihi

Kebelakangan ni, saya mula berjinak-jinak dengan beberapa jenis makanan. Makanan yang selama ni saya dengar dari orang tua cakap bila makan makanan tu, badan kita akan berbau wangi. Cuba teka,apakah makanan itu?




kenal tak?ya, itu namanya limau kasturi dan bunga kantan. Source google.

1. bagaimana cara makan limau kasturi dan bunga kantan yang membolehkan pemakannya wangi segar tanpa perlu direndam dengan downy 4x.heeee
makan mentah bagaikan ulam. limau kasturi tu selepas diperah jusnya bolehlah dihiris nipis2 dan dimakan dengan nasi. bunga kantan pula boleh dibuat ulam untuk dimakan bersama laksa atau sebagai bahan untuk membuat kerabu.bunga kantan dalam asam pedas tak dikira ye. sebab dia dah dimasak.


2. Bagaimana saya yang tak la suka ulam ni boleh terjebak makan makanan-makanan pewangi ni.
Kisahnya bermula bila suami saya menanam limau kasturi kat rumah.ketika tu zaman makan nasi dengan kicap yang diletak bawang dan limau kasturi tengah hangat. jadi memandangkan limau tu tanam sendiri, gatal2 la makan. boleh tahan plak rasanya. tu yang diriku semakin lama semakin wangi.wahahaha. kisah makan bunga kantan pula bermula bila jumpa bunga kantan di tepi sungai semasa tunggu orang memancing kat long mio, sipitang. bersungguh g ambil dan bawa balik. dimasak pula dalam laksa. saya makan laksa tu ulam dengan timun, bawang dan of course bunga kantan yang banyak tuh.heee..

saje je nak berkongsi petua. betul ke leh jadi wangi tu suami i je la yang tau.hee