Thursday, December 1, 2011

Secara Teorinya Saya seorang yang wangi

Sungguh perasan title bagi entry di hari Jumaat...hihi

Kebelakangan ni, saya mula berjinak-jinak dengan beberapa jenis makanan. Makanan yang selama ni saya dengar dari orang tua cakap bila makan makanan tu, badan kita akan berbau wangi. Cuba teka,apakah makanan itu?




kenal tak?ya, itu namanya limau kasturi dan bunga kantan. Source google.

1. bagaimana cara makan limau kasturi dan bunga kantan yang membolehkan pemakannya wangi segar tanpa perlu direndam dengan downy 4x.heeee
makan mentah bagaikan ulam. limau kasturi tu selepas diperah jusnya bolehlah dihiris nipis2 dan dimakan dengan nasi. bunga kantan pula boleh dibuat ulam untuk dimakan bersama laksa atau sebagai bahan untuk membuat kerabu.bunga kantan dalam asam pedas tak dikira ye. sebab dia dah dimasak.


2. Bagaimana saya yang tak la suka ulam ni boleh terjebak makan makanan-makanan pewangi ni.
Kisahnya bermula bila suami saya menanam limau kasturi kat rumah.ketika tu zaman makan nasi dengan kicap yang diletak bawang dan limau kasturi tengah hangat. jadi memandangkan limau tu tanam sendiri, gatal2 la makan. boleh tahan plak rasanya. tu yang diriku semakin lama semakin wangi.wahahaha. kisah makan bunga kantan pula bermula bila jumpa bunga kantan di tepi sungai semasa tunggu orang memancing kat long mio, sipitang. bersungguh g ambil dan bawa balik. dimasak pula dalam laksa. saya makan laksa tu ulam dengan timun, bawang dan of course bunga kantan yang banyak tuh.heee..

saje je nak berkongsi petua. betul ke leh jadi wangi tu suami i je la yang tau.hee

2 comments:

  1. limau kasturi i like..bunga kantan ni emm..kureng skit..huhu..

    ReplyDelete
  2. hehe...bunga kantan wangi....n masam yang mild.:)

    ReplyDelete