Sunday, November 22, 2009

Backpackers quest to Sabah


Seperti yang dirancang, pada 11-14 nov, kitorg g bercuti ke Sabah..
apa yg tak dirancang ialah;
1-pergi bertiga je, patutnye syazrin n irmi farhana pun g
2-pergi snorkeling etc, ingt hari tu pulau2 lokasinya jauh



takde tentatif ape seme, booking tpt2 pun takde, yg bookingnye tpt penginapan je..
tp secara ringkas, perjalanan trip kami ke sana adalah;
11 nov 2009-pegi jalan2 sekitar bandar KK, g pasar2 die termasuk tpt jual2 makanan laut, tempat jual cenderahati, pasar filipino
12 nov 2009-g jesselton point, g, amek bot ke 3 pulau, n aktiviti plg best, snorkeling n diving
pastu dekat2 malam tu g ke kawasan kampung org bajau kat pulau gaya..memasak kat sana, tgk lifestyle org sana

13 no 2009-sewa kete, then bermula la perjalanan yg pjg, benti je mana2 rasa nak benti, ikut turutan perjalanan
1-KK
2-Tuaran-Linangkit Culture Village-just jenguk2 je
3-Kota Belut-g makan je, Pasar Tamu die buka hari lain
3-kedai cenderahati mana tah, ada katak lompat2 , adoi laa
4-gerai jual buah2-beli la 2 buah local yg tak penah tgk,1 nama bambangan, rasa mcm kuini.satu lagi tak ingt nama, rasa die mcm nona sket. ada 2 lagi buah beli iaitu buah langsat ngan tampoi
5-tempat sawah padi-di sini la tragedi pertama terjadi.camera naim jatuh.heheh
6-kota marudu-naim beli memory card cni,2G rm50 kot.pastu nak cr landmark KOta marudu, tak jumpe..last2 bergambar kat Kota marudu Sabah electricity...better than nothing...huhuhu
7-Rungus Long house, patah balik la nak g tpt tu punya psal.best2, beli puzzle Rungus lagi satu sorg
8-Simpang Mengayau--Tips of Borneo, panas tak nak kata..MAtahari atas kepala je..kt Padang masyar nnt camne la..kat sini tgu matahari terbenam..


then bermula la perjalanan pulang...tragedi kedua terjadi masa perjalanan pulang...tak sampai ati nak cite, tapi syukur seme selamat...

14 nov 1009-pagi2 g beli cenderahati.punya la banyak smpi terpaksa beli extra beg.tgh hari check out then balik

Trivia
1.Orang kat sini makan nasi banyak kot. G mana2, die hidang nasi punya la banyak
2.Ramai org Filipina kat KK ni, plg cantik jumpe pakai purdah lagi.mmg cantik
3. org sabah ni tukar huruf f jadi p.mcm nenek saya plak, huruf jawi 'fa' jadi 'pa'' contoh die sebut fin jadi 'pin'..lagi satu huruf z jadi j.contoh zoom jadi joom..hahah sorg tu nama jakri agaknya asalnya zakri kot..
4.Bajau rupa2nya mcm2 jenis.Bajau Laut, Bajau Sempoerna, Bajau Sama.Bajau Palaoh
5.Bajau Palaoh-bayi yang baru lahir dah dicampakkan masuk air, nak test skil berenang kot..
6.Org Bajau ni putih2, tapi yg da keje kat laut tu, mmg takde rupa putih da.cuma satu part je putih.kat mata..sbb apa?sbb pakai google ms menyelam..sian tgk..
7.Banyak betul church kat Sabah ni, nampak satu church, tak smpi 500m da nampak church lain
8.Watak kegemaran ramai ialah Abg Jakri.(amirah terpaksa bersetuju walau nak vote org lain)hahaha
9.Pulau Gaya ialah tempat yg 'keras' sbb byk pengamal ilmu2 hitam..Balan2 adalah makhluk biasa di situ.
10.Belakang rumah org Bajau bleh ada kubur atuk nenek mereka
11. Org Bajau takut nak berumah atas darat sbb takut ular naik rumah..
12. takleh bawak bot sendiri dr perkampungan bajau ke jeti KK, kene pakai bot penambang.Sbb nak kawal lalu lintas laut.
13.Asek nampak kepak ayam je dijual untuk makan, bahagian lain takde.Ditulis sebagai 'sayap ayam'
14.org tempatan tak tau pun apa kebende Ikan terubuk masin yg org semenanjung sibuk nak beli tu.org tempatan yg terlibat dengan perniagaan je tau
15. Org tempatan kat pasar pun geli bila dengar kitorg tanya ada jual ulat sagu tak , sbb nak try makan
16. Rumah di kawasan pedalaman takde sistem air n perpaipan mcm di semenanjung.
17. perkampungan bajau atas air laut menanggung perbelanjaan mahal utk air.terpaksa beli air utk minum dan air telaga utk kegunaan rumah.
18. Ramai org mati kene panah petir kat kawasan Simpang Mengayau.
19.Org bajau berkali2 kata saya ada bakat menyelam.Lalalala..


Apa lagi ye?

Mungkin akan ditambah kemudian..

Thursday, August 6, 2009

My nephew and niece..



Name :Dhia Zara
Age :1 month and 7 days






Name : Wan Adam
Age : 1 year and 9 months


just can't wait to snuggle and kiss these two sweatheart of mine.huhu..

Adam sayang Asyu

Living all alone in this place that I now call home, I never thought that hearing Adam voice in the phone saying that would induce the lacrimal glands in my eyes to actively produce tears...huhu...

Wednesday, July 22, 2009

Testing pakai word


saje je nak testing




 

Kenal tak ni pic sapa? Ni last time aku sketch portrait.tahun 2007…lama tuh…

Tuesday, July 21, 2009

Bekerja Keras!

heheheh...1st time aku tulis entry ttg keje aku skrg..huhu...mcm2 planning yang aku buat..target aku, abes kontrak ni ,ada perubahan besar kat sekolah ni n ada perubahan dalam diri aku jugak!heheh

thats all folks..

p/s-tadi dpt soalan cepumas, soalan biasa bila ke mana2 skrg...takpe, org tak percaya sudah!:D buat ape nak tipu

Wednesday, July 15, 2009

Hati kosong tiada rasa?


Pernah tak merasakan yang tiada rasa apa-apa dalam diri ?

Tak merasa gembiranya menguntum senyman?
Tak merasa pedihnya disakiti?
Tak merasa marah dimaki?
Tak merasa indahnya dicintai?
Tak merasa rindu bila berjauhan?
Tak merasa pilunya ditinggalkan?
Tak merasa sunyinya sendirian?

Adakah tiadanya rasa di dalam hati kerana hati kosong?

Tapi hati ini tidak boleh kosong kerna ia harus ada iman
Harus ada pedoman…
Harus ada jiwa dan rasa insan
Rasa khusyuk ketika solat
Rasa kerdil bila mengadap tuhan
Rasa tenang bile membaca quran
Rasa kuat bila bangun malam

Hati tidak kosong tapi ia tiada rasa?

Saturday, July 11, 2009

Pemikiran kanak2

8.30 vroom2 aku memecut ke pusat tuisyen..lambat sket aku dtg pagi ni...huhuhu..penat lerr ptg smlm br balik dr chini... takpela, tu bukan alasan nak berbakti pada anak bangsa..hari ni english n BM..

lor, mesin photostat rosak lagi?

hurm, aku tak suke style chalk n talk... style tu ok, cume aku nak lebih eksplorasi dlm minda anak2 murid aku..so i decide to do public speaking..disebabkan pagi tadi ms aku tgh bersiap2, berita tgh buat wawancara khas ttg pemerintahan najib yg ke 100 hari, so tema hari ni adalah psl kepimpinan di negara kita..tajuk aku bagi ada 2;

1)what will u do if u are selected as Prime Minister?
2)What do u know about Malaysia's PM?

berat sangat ke topik tu untuk kanak2 10-11 tahun?nah...

my reasons?
1. i just want to test their courage to speak in front of public (public tu hanyalah kawan2 diorang yang brape ketul je..)
2. i want to know what's in their head..what r they thinking...
3. tu je..saje nak test diorang punya skill...

bukan soal berat ke tak berat, cara diorang bawak topik tu yg jadik berat ke tak..

apa yg aku dapat?
1.seriously, aku kagum gak dengan beberapa student yg mengeluarkan idea2 yg bagus, mcm nak buat thrust fund etc...ada gak yg bagi info pasal najib ni secara sejarah..for me, its quit impressive...
2.ada yang rupa2nya mmg xbleh buat a simple english sentence..perkataan you pun tak tau...aku pelik..tapi cover dengan alasan takleh baca tulisan sendiri...thats funny...
3.ada yang memang tanak mencuba lansung..just sebut semula tajuk yg aku beri..

aku pun dengan caringnya bagi motivational talk dengan berjela2...aku nampak potensi diorang..cuma jelas sangat ada yang tanak mencuba..takut kene ejek..tanak salah..tanak improve diri...seriously ini penyakit..ubatnya cuma kita yang boleh bagi..

method motivation aku?

aku inspire diorang untuk percaya kebolehan diri,jgn takut kene ejek.

yang pandai plak, jangan suka2 nak ketawakan org

suntikan ekstra?aku belanja cornetto...hahah..bukan apa, byk kali aku buat kuiz utk budak2 ni, rewardnye tak pernah bagi...so ni kire sekali semua la...haha

hasilnya?

kelas BM aku buat pengucapan awam sekali lagi..n alhamdulillah hasilnya jauuuh lebih baik.:))

Tuesday, July 7, 2009

Bawalah salinan IC ye

Salam...

Kalau ikutkan, semua orang pernah buat urusan pejabat...Jadi nak tanya kat sini, pernah tak rasa perlunya bawa salinan IC awal2 dr mengharapkan opis tu sendiri akan photostate IC kita?

Hari ni, g masuk letrik , masuk air, buka akaun bank rakyat, seme mintak salinan IC..yang tnb tu x ingt, rs mintak juga...cuma yang pastinye, jba ngan bank rakyat tak efisien, suruh kite pegi fotostat sndr ic kite sbb katanya mesin fotostat kat atas la apa la...kene g fotostat tempat lain kat bangunan atau deret kedai lain..kalo jba pegi hr tu, lansung kene g kawasan lain yang kalo berjalan bleh sgt jauh la..

Disini bukanlah marah atau kecewa dengan system pengurusan kebanyakkan pejabat negera kita..cuma nak menzahirkan dan mengingatkan semua, yang hidup itu lebih mudah kalau awal2 kita da bawak salinan IC sndr! nak mengubah system mmg susah, lebih buat perkara yg trus mudah kan dr sndr..

Friday, July 3, 2009

Pemulaan utk satu pembaharuan

Assalamualaikum..

Diri rasa terpanggil utk sekali lagi cuba menjadi blogger...Harap permulaan kali ini membawa sesuatu yang berbeza..