Tuesday, March 27, 2012

Bagaimana Menyimpan Stok Barang Dapur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ini entry pertama yang ditulis dalam tahun ni. Mencerminkan tahun ini ialah tahun makcik-makcik belajar mengurus rumah tangga. Sungguh tak profesional bunyinya.Tapi benar, pembukaan tahun ini saya rasmikan dengan entri berbentuk perkongsian ringan.Mari perbaiki skil rumahtangga kita.

Dalam seminggu berapa kali anda membeli barang dapur?Seminggu sekali?Selang 2, 3 hari? Bagaimana cara anda menyimpannya?Berapa lamakah boleh bertahan?

Diingatkan, ini bukan lah entri saintifik yang mengambil kira suhu penyimpanan optimum bagi barangan tertentu. Hanya tips dan trik selepas pelbagai percubaan dibuat.

Ok,mari mulakan.

1. Plastik pembalut sentiasa membuatkan sayur atau buah cepat buruk.Plastik yang dibuat penutup makanan tu. Baik cepat-cepat tanggalkan sebelum letak dalam peti sejuk. Boleh nampak sentuhan antara plastik dan makanan tu buat makanan tu cepat buruk.BUANG PLASTIK, BUANG. Plastik ni a BIG NO NO untuk anggur, lada dan cendawan. kalau nak pakai plastik juga, letak dalam plastik beli barang berbanding plastik cover tu.

2. Kalau beli lada. Tranfer masuk dalam belas/tupperware dan simpan dalam peti tanpa buang tangkai. Lada tanpa tangkai memang cepat buruk. Sentiasa pantau stok lada anda. Buang mana-mana lada yang buruk dan gunakan segera lada yang sudah tercabut tangkai. Ini kiranya penakaian la, supaya stok lain tidak cepat buruk sama.

3. Tomato rupa-rupanya lebih tahan di luar peti sejuk. Tapi bergantung kepada jenis tomata.Ada tomato yang bujur sedikit dan ada yang bulat dan mencerut ke dalam di tangkainya. Yang kedua tu yang lebih tahan lama

4. Kentang, keledek, bawang dan barang kering lain letakkan di suhu bilik, yang tidak terdedah pada cahaya.

5. Yang ini baru dicuba. Sayur berdaun paling tahan lama, segar, hijau bila disimpan dalam peti sejuk bila disimpan dalam beg kertas. Opss bukan beg kertas goodies bag tu. Beg kertas warna coklat yang macam McD punya tu.Ini storage terbaik yang saya cuba.Paper bag ni benarkan sayur dalam suhu sejuk tapi tak sampai suhu tu melecurkan sayur. Cendawan yang sangat mudah rosak pun tahan disimpan dengan cara ni.

6. Mengikut pengusaha madu, madu lebih bagus disimpan di suhu bilik kerana penyimpanan di dalam peti sejuk akan merosakkan kualiti nutriennya.

Kalau ada petua lain yang boleh dikongsi, sila sila lah.

6 comments:

  1. petua dr ibu mertuaku:
    bungkus sayur dgn daun pisang..then balut dgn paper..dgn surat kaba jelaah..sumber plg senang..
    hasilnyer sgt memuaskan!! i penah simpan serai almost 2 bulan..masih segar bugar..;)

    ReplyDelete
  2. waah, menariknya...nak try la.tapi, em aok sng ke nak dapatkan daun pisang?heheh

    ReplyDelete
  3. tuh..aku slalu tapau dr kampong..ngeh2....

    ReplyDelete
  4. kakak koi punye petua, letak dalam bungkusan yang ada aluminium lining tu..ala, yg paket susu budak, milo tu...kan ada aluminium lining kat dalam tu...bila simpan makanan dalam tu, mmg sgt segar bugar lah...as for me, i have two things in mind.1) koi mana ada beli susu budak or milo etc, so kurang supply utk dipraktikkan.2)bukan ke aluminium tu bahaya...heheh

    ReplyDelete
  5. ye..petua balut paper tu mmg glemer..abah koi klu nk kirim ikan patin dia akn balut ngn paper..mmg smpai KL masih sejuk dan kurang bau..hehe

    ReplyDelete
  6. terima kasih dengan perkongsian yg sgt berguna

    ReplyDelete