Wednesday, April 13, 2011

Barang Hantaran yang Priceless

Ada satu perkara yang saya nak kongsikan tentang barang hantaran saya kepada suami saya. Perkara yang saya nak ingat selama-lamanya dan saya nak suami saya juga ingat. Dan saya kongsikan kerana, ada kawan yang mendengar kisah ni yang kata perkara ini sangat sweet untuk dikongsi.

Tahukah anda,salah satu barang hantaran kepada suami saya telah saya beli ketika saya berumur 20 tahun. Saya beli di Megamall, Kuantan. Barang itu ialah set wallet and belt jenama Pierre Cardin.

Barangan yang saya simpan sangat lama, just waiting the right guy untuk saya beri dan hadiahkan. Ye sangaaaattt lama. tahun berlalu, macam-macam pengalaman hidup saya lalui. Tapi barang ni tak pernah bertukar tangan. Tak pernah saya beri pada sesiapa. tapi barang tu sentiasa pada saya. Dari Matrik PJ, UIA Gombak, UIA Kuantan. Kotak Pierre CArdin tu sentiasa dengan saya.Sehingga saya jumpe bakal penerimanya..

Sampai saya bertunang, saya simpankan barang ini untuk djadikan hantaran perkahwinan.

Sayang seribu kali saya, ia hilang sebelum majlis saya. Hilang! yang memang tak tau nak cari mcam mana dah, ia memang hilang. Hilang di rumah mak saya sendiri ( saya dan berpindah ke KL waktu tu).

Sedihnya Tuhan yang tahu. Nak diganti dengan set wallet belt lain, rasa tak terganti. Tak sama.dan takkan sama.sampai 2 minggu sebelum nikah, saya masih tak menggantikannya. masih berharap yang saya akan jumpa barang tu.

berharap dan terus berharap.

until one day, saya terlihat satu barang hantaran ni dalam blog somebody.Memang saya dah lama nak beli untuk simpanan peribadi, tak terfikir nak beli sebagai hantaran. Tak fikir banyak, terus beli sebagai hantaran. Rasa ia je yang setanding nak ganti barangan asal yang priceless tu.

ini dia barang hantaran tu hari tu.boleh agak tak apa?

2 comments:

  1. huhu..terteleng2 kpala nk tgk menatang pe...nmpak cam buku..:D ~ dh habis pusing danau toba?...hehe

    ReplyDelete
  2. tepat sekali shila..buku yg sgt bagus!!heheh

    tak habis pusing..wuuu..next time nak g lagi...hih

    ReplyDelete