Wednesday, April 13, 2011

Apa halatuju blog ni?

Its been awhile. Lama sangat2 sebenarnya.Bila kulihat kembali post yang terdahulu, ya, terlalu banyak perkara yang berlaku. Yang tak sempat ku kongsikan di sini.

Apa halatuju aku sebagai penulis?

Sekarang aku sangat tidak menulis. Bukan sekadar mengabaikan blog ni, catatan peribadi aku pun sudah setahun tak bertulis. Dulu aku suka bersendiri di waktu pukul 2-3 pagi ke atas, aku suka keheningan tu. Aku menulis. Aku berkarya.Macam2 perkara aku suka buat di waktu macam tu. Tu waktu tenang aku. Paling tidak, tu masa pillow talk aku dengan teman2 rapat.

Sekarang?Kadang2 aku tercari2 juga keheningan pagi yang aku sangat suka dulu. Ketenangan waktu pagi2 kul 2, 3. Tapi bezanya sekarang, waktu cuba menyelami keindahan waktu tu juga la aku tertidur. Hehe, teruk! Satu perkara yang aku dah tak punya rasa nikmatnya.

Jadi berbalik pada persoalan asal, apa halatuju blog ni?

Dulu kubina blog ni as my unspoken toughts. Ada beberapa post aku yang lama-lama, yang aku tak publish kat sini. Ada pasal superbike, sedikit tentang politik, isu semasa dan sebagainya.

Tapi kebelakangan ni, aku terfikir nak menjadikan blog ni sebagai travelog aku.Aku berminat nak berkongsi pengalaman aku ke Beijing n Tianjin tahun lepas. Sebab aku ada plan nak self tour ke sana di masa depan.Terkini aku self tour ke Medan dan Danau Toba.Aku lebih suka nak berkongsi tips dan guidence mengembara berbanding pengalaman tu.hihi

Sikit sangat pengembaraan aku, tapi mana tau pasni dapat join or plan apa2 ngan imtiaz nak travel mana2 kan...korang travel nnt ajak tau...

Ilal liqa'

No comments:

Post a Comment