Monday, July 18, 2011

ARMIERA TRAVEL N TOURS| SELF TOUR TO SARAWAK

Dari Toba Lake ke bandar Kuching

Semua diatur serba sendiri

Niat dan perbuatan masih tak seiring

Bila travelogue tak jadi jadi


 

Preamble

Sabarkan je la ye kalau tak paham pantun tuh..sebenarnya dari dulu lagi menyimpan niat nak mendokumentasikan persiapan dan perjalanan yang sudah ditempuhi. Konon-konon macam nak buat travelogue la. Boleh juga jadi pedoman untuk sesiapa yang berminat nak self tour macam kami ni. Saya pn amat suka search pasal backpackers or orang yang g mana-mana secara self tour. Sangat helpful.heheh.. so sekarang ni nak share juga untuk bantu orang lain..

Sebelum ni nak share pasal persiapan ke China masa musim sejuk, tapi tak post-post jugak entry tu. Sebab persiapan tu dengan travel agent, jadi persiapan pun sebagai individu je,tak merasa thrill dan mehnah merangka trip sendiri. Semua travel agent uruskan baik dari segi penginapan, makan, pengangkutan dan sebagainya. Tambahan yang saya buat sendiri selain persiapan barang keperluan ialah research tentang destinasi termasuklah gastronomy, travelling dan monetory. History dan topograhy China tak sempat nak baca sangat pun. Hahahah.Jadi masa tourist agent bercerita, tak berapa alert dan tak berapa ingat sangat pun. Heheheh

Yang betul-betul buat research yang komprehensif adalah semasa nak ke Medan dan Lake Toba. Agak menyeluruh juga la sampai ke segala jenis transportation yang available kat sana pun dah research dan berkesempatan naik juga masa self tour ke sana. Naik kenderaan yang ala-ala kenderaan mengangkut kambing pun merasa juga naik.hihihi. Dari sewa motorsikal sampai la sewa MPV. The experiences worth the struggle of doing research. Next time wajib ke Lake Toba lagi, len kali nak g dengan kawan-kawan plak. Hihi. Tengok la kalo ada kesempatan nak buat post self tour ke Lake Toba yang dah basi tu..hehe

Back to the topic, this time nak share tentang travel to Sarawak. Yang berbeza dengan persiapan ke Indonesia, tour kali ini adalah dengan usahasama Armiera. Kami sama-sama prepare sungguh sebab nak bawa rombongan seramai 11 orang termasuk diri sendiri. Hehe.


 

Preparations

Memandangkan ni trip yang nak bawak family, memang buat sepenuh hati la, sebab kalau bawa orang ni lain dengan redah sendiri. They are expecting a smooth travelling and no hassle or at least minimum hassle la kan. Tambah-tambah pulak ada kanak-kanak riang umur 4 tahun dan 2 tahun dan 3 orang yang sudah berumur.Selagi boleh taknak la mereka rasa susah dan tak selesa. Cuba yang terbaik je la, walaupun sebenarnya ada je kekurangan yang tak dapat dielakkan…maaf ye semua, lain kali kita buat lebih baik!!Hehehe.. Basically, these are the preparations;

  1. Research and research and research

    Memang buat a lot of research la. Internet ni memang la orang kata maklumat di hujung jari. Search je ' tempat makan best di kuching' or ' tempat menarik di sarawak' or ' tak best di sarawak'.hahahhaha. penting tau utuk tau apa yang tak best yang dah ditempuhi oleh pelancong sebelum ni, supaya kita boleh elak buat kesilapan yang sama. Selain internet, tanya orang local orang orang yang keje di Sarawak adalah another option. Sila tanya orang yang suka berjalan ye, kalau tanya orang yang tau g keje je, baik tanya Mr Google je.


     

  2. Transportation

    Please bare in mind that people don't come with body alone but also with baggage and things. Kelengkapan kanak-kanak lagi.Botol susu etc, takkan semua nak beli. Ke ada botol susu pakai buang??heheh…Dengan yang mak mak ni siap bawak ubat-ubatan dia, supplements dia.Belum kira masa dah shopping, lagi la beranak barang-barang. So better provide extra space. As for us, we rent a 14 seater Nissan. And don't forget that needs of having a driver that can drive a long vehicle. Kala takde, kena sewa kenderaan bersama driver, which means higher rental fee la. Lucky for us, my hub can drive the MPV. Saya pun gatal-gatal gak drive makhluk panjang tu.hehehhe..Bila lagi nak merasa bawak kan??Nak tunggu beli, kompem tak beli kot….Takde planning lagi nak anak 10 orang.hahhahah.


     

  3. Accomodation

    Yang ni pun varies. Depend on the facilities and location. Kalau ramai-ramai better la menginap di apartment or homestay.


     

  4. Itineries

    Plan the itineries well. Study the map. I did! Sampai koyak-koyak map tu. Sebab nak plan perjalanan tu mesti la time savvy dan distance efficient. Lokasi sehaluan ke. Don't forget to check the timing such as the duration of the journey, how much time estimated to spend there, the place operation time. Semua ni penting. Buat plan B. Sebab kadang-kadang timing ni boleh lari due to many factors. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari jangkaan ke, semangat shopping yang berlebihan ke.hehhehe. Semua take count ye.


     

  5. Survey

    Seperti yang dikatakan di awal tadi, kami mahukan perjalanan ni smooth. Kalau kami berdua je, tak kesah la nak sesat ke, merepek-repek ntah ke mana-mana ke. Tapi ni kita bawa mak abah orang dengan kanak-kanak. Perjalanan kena smooth. Direct to destination. Bukan nak tercari-cari jalan tak pasti bagaimana nak ke destinasi.Jadi alhamdullilah kami berpeluang survey tempat dulu. Memang makan duit la yang ni. Sebab pergi berjalan untuk survey tempat. Yelah nak tau tempat tu sesuai ke tak bawak budak-budak, etc. Contoh kami ke Serikin, maka tahulah kami bahawa perjalanannya boleh tahan bumpy.Dan orang ramai yang amat kalau time peak. Ditambah dengan tahap kepanasan yang melampau bermula pukul 10 pagi lagi. Jadi dah kena berkira-kira timing nak pergi tu, sebab nak bawa budak, sian kanak-kanak ni kalau berpanas. Antara lain, kami survey ke Bako National Park. Dari internet takde pula dinyatakan perjalanan ke sana agak rumit. Siap kena naik bot dan bermalam. Jadi dari asal plan nak bawa mereka ni ke Bako melihat monyet-monyet hidung besar, kami tukar pergi ke Bidayuh Longhouse. Tak semua tempat pun kami survey, hanya dua tiga tempat,pepandai la nak adjust..huhuhu..

The Trip

Alhamdulillah, everything went well. Ada la kekurangan sikit kat homestay tu tapi semua pun masih selesa dan enjoy. Kami tak bergambar sangat sebab my camera rosak. My 2nd Canon Ixus yang tak dapat dipakai.huuu..Takde rezeki..


 

Insy Allah, nak perbanyakkan sharing travelogue ni. Bukan untuk suka-suka, tapi nak berkongsi tips supaya boleh memudahkan traveller lain pula.:) Selamat berjalan di muka bumi Allah!


 

Thursday, July 7, 2011

Susah ke nak bergembira dengan kegembiraan orang lain?

Maaf . Ini entry bias dan emosi. Sebab memang dari dulu aku tak paham dan aku masih tak paham.

Again,

Susah ke nak bergembira dengan kegembiraan orang lain?

Pernah tak dengar berita gembira orang lain, tapi awak bersedih? Orang bagitau dia dapat kerja, awak sedih awak tak kerja-kerja lagi. Orang bagitau dia dah mengandung, awak sedih awak tak mengandung lagi.Orang bagitau dia nak kawen, awak sedih awak tak kawen-kawen lagi.

Pernah tak?please mengaku, pernah tak??

Boleh tak share, kenapa sedih?maaf la, aku memang tak paham. Tapi aku cuba nak paham ni. Aku paham jenis2 sedih or jeles dengan kegembiraan orang lain yang tahap tak menyakitkan hati orang yang tengah share kegembiraan dia tu. Contoh, aku memang jeles kalau anytime bebudak imtiaz gathering, aku takleh join!!memang jeles.Hahahah. Tapi aku jeles pun takde la buat diorang sedih, diorang hepi lagi ada dapat buat bebudak yang tak join tu rasa gigit jari.kan kan?

Yang aku tengah pikir ni ialah sedih@jeles yang timbul bila dapat tau kegembiraan orang lain. Ceritanya, yang sampai aku leh nak tulis benda (sedangkan aku bkan la rajin tulis entry) ialah cerita aku dapat duduk dengan suami setelah 4 bulan berkahwin, tapi bila orang lain tau, macam-macam respon aku dapat. Tapi sebelum aku cerita respon yang pelik2, aku nak cite pasal betapa terharu aku terhadap orang yang sangat hepi dengan berita aku ni."Syukurnye mirahh….syukurnye……bagusla dapat duduk sama….takpe la jauh dari famili pun, asal dapat hidup berdua…" perhh…tak terkata terharu aku orang yang amat hepi dengan berita aku…

Respon-respon pelik yang berjaya buat aku takde mood la juga time tu adalah

Eii, bestnye engkau kejap je kawen dah boleh duduk dekat ngan suami. Aku dah lama kawen baru dapat. Aku la sian, lama jauh ngan suami. Ko kejap je, dah dapat.
Ntah kenapa aku rasa die tak hepi plak dengar cerita aku, macam geram kenapa dia tak dapat rezeki yg sama macam aku je….

Apa hal plak ko leh ditukarkan?Apa lebihnya ko da kawen ko dapat priviledge ditukarkan? Bagi orang yang tak paham dialog ni, dialog ni dari orang yang suka kalo dia dapat tukar,

Mira dapat dok dekat suami yek???kalo dulu, agensi kita ni mana ada dasar kasih sayang ni, biasa je suami isteri dok jauh jauh, boleh pulak skrg ni diorang dapat dok sama2 ye..Aihh pelik aku, aku jawab le, Cuepacs pun da buat tuntutan spy suami isteri didekatkan, kalo agensi aku ni wat dekk je tak tau le..

Jangan la nak kata, alah awak yg dapat rezeki, mmg la awak suke, sian la kat orang yang tak dapat nasib yang serupa…Adoi…hidup ni macam roda, kadang di atas, kadang di bawah…mesti ada masa aku pun tengok, dengar berita hepi orang lain yang pada masa tu aku tak bernasib baik macam dia.Nak dpaat macam dia.nak ada apa dia ada..

Aku penah rasa frust betul bila kawan aku dapat reduce loan belajar dia tinggal RM2k je sedangkan loan yayasan pahang aku nak dapat reduce 30% pun officer yayasan tu mati2 kata takleh, nak layankan rasa sedih??kalo banding pointer, lagi rasa frust kenapa aku plak yang takleh reduce loan..frust mmg frust tapi be hepi la utk kawan kita yg bernasib baik…Allah tolong dia, good for her la then..A year later, Allah bagi juga rezeki, YP luluskan jugak pengurangan walaupun tak banyak mcm member tu tadi, tapi at least ada…..jangan compare rezeki orang dengan rezeki kita..nanti kita tak nampak da rezeki yang Allah bagi, bukannya Allah lupa terus pada kita..

Ada tu plak, pas grad, aku jadi pengapit utk bestfriend aku. Kawan aku dah nak kawen, aku??Aku pun nak kawen.(hahahha, semua orang nak kan??).Aku ada hajat gak nak kawen muda, sbb mak aku pun kawen muda, abang aku pun kawen muda. Allah je tak bagi rezeki kat aku nak kawen muda, nak ingat balik masa tu aku baru grad, perasaan nak kawen n memikirkan kenapa tak kawen tu mmg ada. Pikir lagi plak, kawan aku ni da nak kawen, aku ni?pasangan hidup pun tak pernah ada. Dah grad pun, Allah tak bagi rezeki lagi berpasangan. Single mingle je jadi bridesmaid.Nak layan sedih?Bestfren nak kawen beb, benda yang sgt besar utk dia, genuinely be happy la untuk dia Bukan utk dia je, sbnrnye luhur dalam hati pun memang happy sbb hepi la tgk kawan hepi. Rezeki Allah, setahun pastu aku pun dikurniakan pasangan yang sangat baik n sangat sayangkan aku dan aku kawen dengan dia. ..Alhamdulillah…

Percayala, rezeki manusia ni lainlain…tunggu je la, ada rezeki Allah untuk kita…..

Susah sangat ke nak hepi dengan kegembiraan orang lain?