Monday, July 18, 2011

ARMIERA TRAVEL N TOURS| SELF TOUR TO SARAWAK

Dari Toba Lake ke bandar Kuching

Semua diatur serba sendiri

Niat dan perbuatan masih tak seiring

Bila travelogue tak jadi jadi


 

Preamble

Sabarkan je la ye kalau tak paham pantun tuh..sebenarnya dari dulu lagi menyimpan niat nak mendokumentasikan persiapan dan perjalanan yang sudah ditempuhi. Konon-konon macam nak buat travelogue la. Boleh juga jadi pedoman untuk sesiapa yang berminat nak self tour macam kami ni. Saya pn amat suka search pasal backpackers or orang yang g mana-mana secara self tour. Sangat helpful.heheh.. so sekarang ni nak share juga untuk bantu orang lain..

Sebelum ni nak share pasal persiapan ke China masa musim sejuk, tapi tak post-post jugak entry tu. Sebab persiapan tu dengan travel agent, jadi persiapan pun sebagai individu je,tak merasa thrill dan mehnah merangka trip sendiri. Semua travel agent uruskan baik dari segi penginapan, makan, pengangkutan dan sebagainya. Tambahan yang saya buat sendiri selain persiapan barang keperluan ialah research tentang destinasi termasuklah gastronomy, travelling dan monetory. History dan topograhy China tak sempat nak baca sangat pun. Hahahah.Jadi masa tourist agent bercerita, tak berapa alert dan tak berapa ingat sangat pun. Heheheh

Yang betul-betul buat research yang komprehensif adalah semasa nak ke Medan dan Lake Toba. Agak menyeluruh juga la sampai ke segala jenis transportation yang available kat sana pun dah research dan berkesempatan naik juga masa self tour ke sana. Naik kenderaan yang ala-ala kenderaan mengangkut kambing pun merasa juga naik.hihihi. Dari sewa motorsikal sampai la sewa MPV. The experiences worth the struggle of doing research. Next time wajib ke Lake Toba lagi, len kali nak g dengan kawan-kawan plak. Hihi. Tengok la kalo ada kesempatan nak buat post self tour ke Lake Toba yang dah basi tu..hehe

Back to the topic, this time nak share tentang travel to Sarawak. Yang berbeza dengan persiapan ke Indonesia, tour kali ini adalah dengan usahasama Armiera. Kami sama-sama prepare sungguh sebab nak bawa rombongan seramai 11 orang termasuk diri sendiri. Hehe.


 

Preparations

Memandangkan ni trip yang nak bawak family, memang buat sepenuh hati la, sebab kalau bawa orang ni lain dengan redah sendiri. They are expecting a smooth travelling and no hassle or at least minimum hassle la kan. Tambah-tambah pulak ada kanak-kanak riang umur 4 tahun dan 2 tahun dan 3 orang yang sudah berumur.Selagi boleh taknak la mereka rasa susah dan tak selesa. Cuba yang terbaik je la, walaupun sebenarnya ada je kekurangan yang tak dapat dielakkan…maaf ye semua, lain kali kita buat lebih baik!!Hehehe.. Basically, these are the preparations;

  1. Research and research and research

    Memang buat a lot of research la. Internet ni memang la orang kata maklumat di hujung jari. Search je ' tempat makan best di kuching' or ' tempat menarik di sarawak' or ' tak best di sarawak'.hahahhaha. penting tau utuk tau apa yang tak best yang dah ditempuhi oleh pelancong sebelum ni, supaya kita boleh elak buat kesilapan yang sama. Selain internet, tanya orang local orang orang yang keje di Sarawak adalah another option. Sila tanya orang yang suka berjalan ye, kalau tanya orang yang tau g keje je, baik tanya Mr Google je.


     

  2. Transportation

    Please bare in mind that people don't come with body alone but also with baggage and things. Kelengkapan kanak-kanak lagi.Botol susu etc, takkan semua nak beli. Ke ada botol susu pakai buang??heheh…Dengan yang mak mak ni siap bawak ubat-ubatan dia, supplements dia.Belum kira masa dah shopping, lagi la beranak barang-barang. So better provide extra space. As for us, we rent a 14 seater Nissan. And don't forget that needs of having a driver that can drive a long vehicle. Kala takde, kena sewa kenderaan bersama driver, which means higher rental fee la. Lucky for us, my hub can drive the MPV. Saya pun gatal-gatal gak drive makhluk panjang tu.hehehhe..Bila lagi nak merasa bawak kan??Nak tunggu beli, kompem tak beli kot….Takde planning lagi nak anak 10 orang.hahhahah.


     

  3. Accomodation

    Yang ni pun varies. Depend on the facilities and location. Kalau ramai-ramai better la menginap di apartment or homestay.


     

  4. Itineries

    Plan the itineries well. Study the map. I did! Sampai koyak-koyak map tu. Sebab nak plan perjalanan tu mesti la time savvy dan distance efficient. Lokasi sehaluan ke. Don't forget to check the timing such as the duration of the journey, how much time estimated to spend there, the place operation time. Semua ni penting. Buat plan B. Sebab kadang-kadang timing ni boleh lari due to many factors. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari jangkaan ke, semangat shopping yang berlebihan ke.hehhehe. Semua take count ye.


     

  5. Survey

    Seperti yang dikatakan di awal tadi, kami mahukan perjalanan ni smooth. Kalau kami berdua je, tak kesah la nak sesat ke, merepek-repek ntah ke mana-mana ke. Tapi ni kita bawa mak abah orang dengan kanak-kanak. Perjalanan kena smooth. Direct to destination. Bukan nak tercari-cari jalan tak pasti bagaimana nak ke destinasi.Jadi alhamdullilah kami berpeluang survey tempat dulu. Memang makan duit la yang ni. Sebab pergi berjalan untuk survey tempat. Yelah nak tau tempat tu sesuai ke tak bawak budak-budak, etc. Contoh kami ke Serikin, maka tahulah kami bahawa perjalanannya boleh tahan bumpy.Dan orang ramai yang amat kalau time peak. Ditambah dengan tahap kepanasan yang melampau bermula pukul 10 pagi lagi. Jadi dah kena berkira-kira timing nak pergi tu, sebab nak bawa budak, sian kanak-kanak ni kalau berpanas. Antara lain, kami survey ke Bako National Park. Dari internet takde pula dinyatakan perjalanan ke sana agak rumit. Siap kena naik bot dan bermalam. Jadi dari asal plan nak bawa mereka ni ke Bako melihat monyet-monyet hidung besar, kami tukar pergi ke Bidayuh Longhouse. Tak semua tempat pun kami survey, hanya dua tiga tempat,pepandai la nak adjust..huhuhu..

The Trip

Alhamdulillah, everything went well. Ada la kekurangan sikit kat homestay tu tapi semua pun masih selesa dan enjoy. Kami tak bergambar sangat sebab my camera rosak. My 2nd Canon Ixus yang tak dapat dipakai.huuu..Takde rezeki..


 

Insy Allah, nak perbanyakkan sharing travelogue ni. Bukan untuk suka-suka, tapi nak berkongsi tips supaya boleh memudahkan traveller lain pula.:) Selamat berjalan di muka bumi Allah!


 

No comments:

Post a Comment