Sunday, October 23, 2011

Kelebihan (dan ketidaklebihan) suami isteri keje satu kompeni

Salam n hola

Cheerful Sunday huh?Ini lah Sunday pertama kukecapi tanpa bekerja di opis setelah straight asyik keje je sabtu ahad.Oh tiada elaun OT ye. nak minta cuti gantian pun bos potong. sungguh sadis. tapi takpelah, nak enjoy weekend yang santai kali ini. Boleh tidur-tiduran, tidak berkejar-kejar. waah sungguh bermalas-malasan. mujur suamiku baik basuh dan jemurkan baju..dan basuh pinggan..dan apa lagi ye?hihi..jadi boleh mengemas dapur, mengemas barang dapur, memasak dan buat itu ini dengan tenang..

Ok today nak share tentang kelebihan (dan ketidaklebihan) bekerja satu kompeni. or in our case, keje satu agensi. Terfikir nak share ni lebih hidup hectic bekerja tempoh hari. sehinggakan terbawa-bawa tekanan kerja ke rumah. waahh double tekanan.

ok, mari berbicara tentang kelebihan (dan ketidaklebihan sekaligus)

1- Boleh pergi keje bersama-sama. sungguh jimat minyak. Mahu lebih romantik?Pergi keje naik moto bersama-sama. Memang idaman kalbu dari kecil nak naik motor bersama suami.Kikikiki. Selain dapat potong jam dan jimat 20-30 minat kalau jam melampau, boleh meluruskn tulang belakang dan duduk dgn postur yg betul..tapi jgn la sampai melentik mcm minah rempit tu....ish ish ish...ketidaklebihan pergi kerja bersama-sama ialah kalau salah sorg kene stayback kat opis, anda pun kena la tunggu jugak kecuali rajin n balik dan dtg semula..mana ada sapa pun kat umah tu, baik tunggu opis ngan suami sndr. walau boleh menguji kesabaran juga kalau sampai ke tgh malam n kita pun dah naik hangit tak mandi-mandi. tapi dah nama u jump, i jump. time kite si suami tgu, time dia kita nak la tggu juga walau suami prefer kita balik dok umah masak n tunggu dia balik kat muka pintu dengan wajah ayu.huahua. ketidaklebihan lain pegi sama-sama which is suami la akan bawak kete, g anta jemput kita kan. so orang leh tanya kat saya, mira boleh bawak kete tak?cis betul. sorang je la yg tanya, tapi cis la juga.double cis cis.huh.menjatuhkan kredibiliti sbg pemandu berkaliber je. i boleh bawak hilux ok. kataku bajet terer pasdahal nak parking 4wd slalu cuak.hahahh

2. boleh makan sama-sama. time rajin+ ada masa+ larat bangun awal sbb tak sibuk keje lagi, gigih la bawak brekpes. ajak suami dtg makan. biar la org ingt, eii kedekutnya bawak bekal, lantak le tabah je makan sama2 suami dalam bilik yang see thru sbb belum ada blind lagi.lalallala. nak g bekpes n lunch kat luar pun, makan sama-sama.hahah. sampai ada yg ckp, tak boring ke asek tgk muka tuuuu je..heheh. perasaan boring tu takde lagi, tapi dah jumpe ketidaklebihan makan sama-sama ni. macam tak bersosial je ngan orang lain.hahhaha. bila suami ada keje, mula tak tau nak makan ngan sapa. sila berkawan-kawan ye amirah

3. buat keje sama-sama. kalau kebetulan kene handle keje yang sama la. mmg rasa sgt blessed la bila kene bertungkus lumus keje smpi 12 tgh malam, ada suami yg sama2 peluh2 busuk wat keje ngan kita. takde lg isu rs tak best kene stayback ngan org bukan muhrim.best keje ngan suami..even org yg tak tau might say, eii sosialnye pegawai dari **** tu, bertepuk tampar n mesreeeeee nye buat keje..dah kitorg laki bini, tak reti plak takleh nak touching-touching..lalallalal..tapi drawback n ketidaklebihan ni la yang paling besar. susah nak profesioanal bl suami isteri bekerja sama. bercanggah pendapat tapi kita dah terbiasa sami'na wa 'ato'na kat suami. canggah pendapat pun leh terbawa-bawa sampai ke rumah. sungguh tidak sihat. moral, hal keje tinggal la kat tempat keje.

Best ke tak keje sama kompeni ngan suami? boleh jadi best n tak best. tapi mmg banyak kompeni n agensi tak menggalakkan suami isteri di tempat sama. sbb susah nak profesional bila sama bekerja. especially in decision making. takut ada yg bias.

tapi yang buat saya terfikir, kalau set up kompeni ngan pasangan, bukankah lebih manis ngan pasangan?hmmm

luahan perasaan

Salam and hello to everybody

Perempuan...memendam camane pun, mesti die ada tempat dia luahkan perasaan. kat mak ke...adik beradik ke...besties ke....pasangan ke...

Meluahkan perasaan.Meluahkan perasaan ni bagus sebenarnya. Semacam mencairkan tompok-tompok kotor yang melekat, menepek2 di permukaan. ada paham ka? maksud saya, macam flush away feelings yang maybe kita tak aware bahawa ia 'mengotorkan' kita. Kita tension, tapi kita tak sedar tension tu dah degrade diri kita. ada yg buat blog untuk meluahkan perasaan. dan kadang-kadang entry kita tu jadi reminder. macam monolog dalaman. kita bercakap dan motivate diri sendiri. Cuma kdang-kadang bila dah get over the issue, macam malu plak baca entry tu semula.

Bab meluahkan perasaan, teringat masa zaman belajar dulu...bab pillow talk memang takleh tinggal...akan chit chat for hours sampai la sorang-sorang terlelap..dah macam boleh hafal pattern masing-masing.

kalo kawan imtiaz dulu, once in a while dapat berjumpa akan pillow talk dalam gelap, dalam posisi ala-ala nak tido..updating stories n feelings sampai terlelap..kdg2 luahkan perasaan kenapa tak cite itu, kenapa tak cerita ini. sampai hati tak bgtau koi, koi tau pun dari orang lain dan sebagainya...heheh..tu la bila org yg kita rapat tapi jarang sangat berjumpa n catching up. maybe kerapatan tu boleh pudar dan diwarnakan semula bila berjumpa.

kalo kawan U dulu mmg betul-betul leh hafal pattern. me n lini akan amik posisi atas katil, tak mesti bergulung pun, tapi mesti akan cop duduk kat katil. aimi akan dok kat kerusi sambil menggodek laptop or pc. aziyah akan ambil dinding.mesti nak sandar dinding walau di mana berada. aina plak akan duduk to the extend dia akan pening kepala bila kami ajak buat benda-benda merepek.hehhe sian dia. slalu terganggung waktu study sebab kami. pastu akan chit chat sambil makan. provider makan selalunya me n lini la.hihi..berborak sampai sorang-sorang start lena.aziyah la lelap dulu. aimi tabah akan terkebil-kebil walau ngantuk merah-merah mata.lini kalo da start bergulung, insy A la akan tdo.. me plak kalo nak tdo akan suruh org bercakap2, habit betul nak didodoikan dengan suara org..heheh... boleh berborak sampai subuh..hihi..how i miss those days..meluahkan, asking for solutions...segala perkara pun nak berborak...

now sesi pillow talk ngan suami la.sometimes la kalau tak abes lagi topik yang diborakkan sepanjang hari.hihi..tinggi btl stamina balik opis kul 12 tgh malam pun leh semangat lagi berborak laki bini sebelum tido..tensen keje weh...harus la diluahkan. biar sama2 tensen laki bini lalu gaduh2 kejap sbb tensen keje yg sama.

but still,even dah kawen, rindu ngan zaman pillow talk ngan kawan2..mmg irreplaceable...

kan??nak je kumpul ramai-ramai buat mcm dulu....