Sunday, May 8, 2011

Book Review : Introductory

Salam

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan

Al- 'Alaq :1

Siapa di sini bila ditanya "Apa hobi anda?", maka dia akan menjawab, "Hobi saya membaca". Bravo to u!! Memang hebat orang yang hobinya membaca, kerana membaca itu kunci ilmu. Tapi bila namanya hobi, maka komitmen adalah kewajipan, yang disertakan sekali dengan minat dan keinginan. Ya, saya ada minat dan ada keinginan. Tapi sangat susah untuk membuat komitmen bercinta dengan buku. Selalu ada hubungan on and off. Kadang-kadang one night stand. Baca sampai puas, mungkin sampai habis kulit ke kulit, kemudian tinggalkan, tiada rasa lagi nak menyambung keinginan tu untuk teruskan budaya membaca.


Oho, selingan.Tahukah anda, hadiah perkahwinan saya yang saya terima termasuklah beberapa naskah buku (dan juga kitab, sungguh rumit nak membaca kitab memandangkan sudah terlalu lama tak berkawan-kawan dengan kitab ni....).

Jadi, azam saya , saya nak habis baca semua buku yang saya dapat hadiah tu. Buku yang teramat best, jadi saya nak kongsikan juga di sini.

Insya Allah, saya akan cuba komited dengan tekad baru ni, iaitu habiskan buku-buku hadiah perkahwinan tu.Doakan saya ye.



Pic ambil dari sini